Thursday, April 9, 2009

Kenangan Bersamamu...

Cake buatan kakak Cik Yam. Sedap!

Inilah present untuk saya dari mereka...:)


Comel tak?







Thank you guys...

Masa ni Kak Suz nak tulis sesuatu atas yang dorg beli untuk aku...
Kak yam 'PAGOH'...Kesian..dia terpaksa patah balik ke KL...
Khusyuknyalah dorg tiga orang ni...Apa yang confuse tu Yam Shukor?...

LoVe yOu gUyS fOrEvEr

Banyak benda yang mengejutkan pernah berlaku dalam hidup aku. Tapi semalam adalah sesuatu yang tak pernah aku jangka. Bukan tk pernah jangka,tapi tak sangka. Sebelum ni aku dah kata,tak payah la buat apa2 untuk hari bertuah ni.Tapi tak sangka pulak rupanya Kak Yam,Kak Suzi dan Cik Yam ada agenda. Siap da master mind lagi. Walau apa pun,kehadiran korg semua amatlah bermakna. Apa yang korg dah buat ni betul2 buat aku terharu. Dari plan si master mind sampailah ke pelakon2 HARAPAN NEGARA,semuanya bekerjasama dengan baik.

Sampai je kat Chili's,tergamam aku tengok minah 3 orang ni.Tersengih2.Sebelum ni aku mmg syak sesuatu tapi ada je benda yang tak logik yang aku tak teliti. To be frank,memang aku extra carefull this time cuz aku ni sebenarnya kurang suka surprise2 ni. Yelah,last year aku dah kena whipping cream. So this year aku harap perkara tu takkan terjadi lagi. Tapi kejutan kali ni lebih hangat rupenya. Lepas dinner,Yam Shukor kata nak balik awal sebab kesian kat anak kat rumah. Tapi,tetiba bila aku masuk panggung(dah janji nak tgk Jangan tegur),semua ada kat sini. Lagi sekali aku terkejut beruk! Nasib baik aku tak menjerit. Ya ampun,sekali lagi korg buat aku terharu. Yelah,aku tau korg sume takut tgk citer hantu kan?

Habis je movie,kitorg pon balik rumah. Syean Cik Yam,die kene balik sensorg. Tapi aku tau die gigih.hahahaha.Balik tu,aku bukak la hadiah pemberian dorg.Sweet sangat. Ada belt n frame. Nnt aku pakai barang2 tu,aku amik gambar tunjuk kat korg k. Btw,terima kasih yang tak terhingga kepada u guys cuz menjadikan tahun ini antara yang terbaik dlam hidup aku. Dari mastermindke pelakon2,TERIMA KASIH DAUN KELADI,KEBAIKAN KORG AKU INGATI...






















































Tuesday, April 7, 2009

Hadiah sempurna...


Sejak dua minggu lepas lagi mak sibuk membeli tudung. Ada yang dibeli dari kawan2 tempat die mengaji,ada juga yang dibeli semasa kami berdua shopping di Jalan Tuanku Abdu Rahman.Kononnya hanya nak ke Jackel membeli kain untuk mak,tapi mata ni tak henti2 meliar.Banyaknya tudung yang cantik2.Geram je.Mak pulak offer diri nak membelikan aku barang sehelai dua tudung dan selendang.Aku pun pilihlah dengan rakusnya.Hihi..rakus?Takla,memilih dengan tamaknya.Akhirnya,dapatlah aku memilih sehelai selendang dan sehelai tudung petak biasa.Jadi,hari ni aku pun amiklah gambar memakai selendang biru.Ini kali kedualah aku pakai ke tempat keje.Semalam,aku dapat juga sepasang kasut baru.Sepatutnya dapat dua hari lepas tapi memandangkan saiz aku ni payah sangat nak cari,so terpaksalah pergi ke outlet lain.Ceria dan hati ni berbunga2 sangat.Terima kasih sume orang.Terharunya...For head and toe.Masa beli kasut ni,muka berseri2 je...Pemilihan yang tepat dan menepati citarasa.

Monday, April 6, 2009

IM HERE TO SAY GOODBYE...


Segala persoalan sudah terjawab. Akhirnya tiba masa untuk IREMAJA di bekukan. 'Dibekukan'? Entahlah..kata mereka,penutupan majalah ini hanya untuk sementara. Tapi,mana mungkin itu yang akan terjadi. SudahLah dikatakan tidak membawa untung,takkan nak buka lagi. Tinggal beberapa artikel lagi yang perlu aku sudahkan. Sebenarnya,sudah lama aku takde mood nak menulis. Mula2 aku tau pasal penutupan IREMAJA ni,fikiran dah tentu hala. Sudahlah waktu itu aku sedang assignment. Hilang segala mood. Walaupun baru setahun lebih aku singgah di meja editorial IREMAJA namun perasaan sayang terhadap majalah ini amat mendalam. kalau ke assignment,aku tak lagi menggunakan title writer IREMAJA. Tetapi aku bersyukur kerana kami tidak dibuang kerja,seperti sesetengah syarikat. Aku diserapkan ke majalah lain pula iaitu Jelita manakala kak suzi akan ke ANJUNG SERI. Kak siti pula dinaikkan pangkat menjadi editor penyelaras bahagian new product. Walaupun masih berada di atas tapi aku tak tahu macam mana situasinya. Yelah,majalah Jelita lebih serius,tak macam IREMAJA. Enjoy je. Artikelnya pun tak la serius sangat. Kalau sebelum ni aku asyik loan baju di jalan telawi,lepas ni aku akan ke butik2 mewah pula. Maklumlah,Jelita ni ada standardnya tersendiri. Aku nak ucapkan selamat berjaya kepada rakan2 semajalah aku yang akan membawa haluan masing2. Walau apa pun,persahabatan itu tetap terjalin. kan? Kan? Kan? GOODBYE IREMAJA...

Tuesday, March 24, 2009

1 hari lagi...

Emmm...apa yang 1 hari lagi ya? Kalau satu hari lagi,maknanya hari esok la kan? Hahahaha. YA,memang esok! Hari yang akan mengumpulkan team iremaja untuk mesyuarat bersama Pengurus Besar Kanan, Puan Zaini Zainudin. Agendanya? Mestlah untuk bercerita mengenai masa depan. Sedihlah apabila perjuangan putus ditengah jalan. Paling menyedihkan buat mereka yang sudah lama memperjuangkannya. Tak ada siapa yang mampu mengubah pendirian dia. Tak ada siapa mampu mengubah keputusan dia. Peliklah apabila tidak dapat membezakan keuntungan dan kerugian. Suka bersederhana sehingga buruk dan baik pun sukar dibezakan. Emm...takpelah. Terima je lah dengan hati terbuka. Sambil2 tu,mencari jugak sinar yang baru. Ikutkn hati,segala ke'best'an kat sini sukar ditandingi. Emmm..alah bisa tegal biasa la kan. So,kita tunggu je lah esok. Nanti akan di'update' lagi.

Thursday, February 19, 2009

iNgAT LAgi tAk?























Masih ingat lagi tak situasi2 diatas?hihihi. Macam2 kan...

















SUNGGUH MEMENATKAN!!!

Rasanya minggu ni merupakan miNGGU yang sangat MEMenatkan. Macam2 kerenah nak layan. Kerja tok sah sebutlah. Asyik keluar office je. Bru hari NI DAPAT dUDUk dENGAN TEnang. Tapi, fikiraN Pulak bUNTU. Bukan saja buntu,malah aku dah SANgat2 PENAt. Ingatkan semalam mampu meringankan stress dalam diri tapi akhirnya MakIN MEnambaH TekaNAN! Kadang2 aku tak faham dengan sikap manusia. Malah aku tak boleh terima orang yang bercakap dengan cara yang paling menyakitkan hati dan berharap dia dimaafkan. Sudahlah menyakitkan hati, pastu langsung tak sedar yang dia dah menyakitkan hati orang. Satu benda yang aku tau,semua orang ingin dihormati tetapi dia tak sedar, dia sendiri tidak menghormati orang lain. Sekali sekala takpe, kalau dah selalu sangat, otak ni jadi penat! Penat yang sampai rasa betul2 fedup!

Pagi ni lambat sampai office. Overslept. Perut pulak terasa lapar. Jadi,aku ajak Kak Suzi ke gerai kecil makcik. Dari jauh,aku nampak pakcik tengah buat penghalang cahaya matahari kat meja yang dia sediakan untuk pelanggan. Baru2 ni,gerai makcik telah dirobohkan DBKL. Sedih aku tengok jentolak DBKL menghancurkan gerai yang dibina pakcik. Aku membayangkan pakcik tu macam abah aku. Walaupun abah tak pernah berniaga tapi aku rasa umur pakcik lebih kurang abah aku,kalau dia masih ada lagi sekarang...Melalui kawan2 office,dorang kata pakcik sendiri yang membina gerai tu.Siap ada dapur,rak dan meja. Malah,bangku kayu panjang kat gerai makcik tu pun pakcik yang buat. Cuba bayangkan bagaimana seorang lelaki berumur bertukang untuk membina sebuah gerai yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Beberapa hari jugak makcik tak berniaga. Pastu sekarang,makcik hanya berniaga kecil-kecilan. Makcik mengeluh kat aku tadi.

Aku: Lama tak nampak makcik.
Makcik : Makcik ada kat sini. Anis yang tak datang kedai gerai makcik.
Aku : Saya asyik keluar je makcik minggu ni. Makcik masak apa?
Makcik : Masak nasi ayam. Beli lah satu. Cepat habis,cepat makcik balik. Penatla Nis nak mengemas. Nak tutup payung lagi,angkat meja. Tak larat makcik. Dulu ada bibik. Sekarang ni bibik cari la rezeki tempat lain. Dah tak boleh dah upah bibik.

Kesian kan? Dalam sungguh kata2 makcik.Kalau dulu,makcik dibantu dua orang bibik. Sekarang ni,makcik dan bibik dah tak kerja bersama.Makcik pulak buat kerja dengan pakcik je.Kuat mana sangatlah kudrat orang tua.Nasib baik mak aku tak payah nak menempuh kesusahan macam ni.Dulu,mak penah cerita,dia pernah berniaga kuih.Tapi bukan buka gerai.Sekadar untuk jiran2 yang datang order.Tapi sebenarnya mak buat kuih bukan untuk dijual tapi untuk abang2 aku yang tengah membesar masa tu.Kuih tu habis dimakan orang2 kat rumah je. Tak sempat nak jual pun.Selain kuih,mak ada jugak hantar sagun kat surau At-Taufiqiyah,tempat abang2,kak yong dan aku bersekolah agama.Generasi adik-beradik aku sume dapat pendidikan agama kat situ,dari darjah 1 sampai darjah 6.Tiap kali kami berkhatam,berebut-rebut kawan2 kitorang nak makan pulut kuning dan rendang masakan mak.Tak dinafikan,mak memang pandai masak.Tak hairanlah kalau mak pernah buka kelas memasak dulu.Tapi kejap je.Banyak sebenarnya yang mak dan abah buat untuk membesarkan kami enam beradik.Alhamdulillah,sejak along dapat sambung belajar kat oversea dan dapat pekerjaan yang bagus,hidup kami sekeluarga tidaklah susah.Dapat pulak menantu@kakak ipar yang cukup baik,dari segi agamanya,pendidikannya dan pekerjaannya,bertambahlah senang hidup kami.Lepas seorang,seorang lagi menyambung pengajian di dalam dan luar negara.Akhirnya,aku turut mengikut jejak langkah dorang.Malulah kalau aku yang tak pernah rasa kesusahan macam dorang rasa tak boleh nak belajar tinggi kan?hihi.

Jauh pulak mengarut...hihi.Moral of the storynye...bila aku tengok makcik dan pakcik kat bawah ni,aku rasa sedih dan sebak sangat.Kesian dorang. Kadang2,berpeluh2 pakcik membersihkan gerai tu.Dia seboleh2 taknak makcik bersusah payah. Dia siapkan semuanya untuk makcik.Dia bersihkan meja,sampah2,buat penghadang cahaya matahari supaya makcik dan customer tak kena panas dan macam2 lagilah.Sweet kan? Teringat pulak macam mana kebaikan abah pada mak dan kitorang dulu. Rindulah kat abah...
Masa graduation day @ UiTM




Friday, February 13, 2009

My LoVe...

Dah lama rasanya tak berkongsi cerita dalam blog. Banyak kejadian yang berlaku dalam hidup skarang ni. Kerja, kawan2, hidup kawan2 dan macam2 lagi la. Nak cerita pun tak cukup masa. Tapi, dalam tak cukup masa tu, sempat jugak membelek handphone. Jumpalah gambar2 yang diambil masa bersma kawan2. Bagi aku, persahabatan itu penting dalam kehidupan. Sebaik mana atau sekepala mana pun kita dengan pasangan kita, sahabat tetap di hati. So far, aku bersama dengan kawan2 yang cukup-cukup baik. Kawan2 yang benar2 membantu dan menyokong aku di dalam apa keadaan sekalipun. Dorang jujur dalam setiap pendapat yang dorang bagi. Diyana, Fara, Ja, Ogy, Yam, Kak Suzi dan Kak Yam, semuanya sentiasa ada dalam hati. Hihi. Macam bercinta pulak. Teringat masa aku tengok filem Bride Wars, lakonan Kate Hudson dan Anna Hathaway. Kelakar giler! It shows how close and how beautiful friendship are. Have u ever imagine that one day, you n your friend will get into messy troubles sampai terpaksa bermusuhan? Permusuhan tu sekejap je sebenarnya. Like I said, friendship tu sangat indah. LOVE UOL BANGAT!!!