Tuesday, June 23, 2009

Transformers 2:Revenge of The Fallen



Again...Transformers menjadi film of the year. Seperti yang dijadualkan,filem ni sepatutnya berada di panggung on the 24th June but entah kenapa,dekat Pavilion sudah pun ditayangkan.Tayangan every half an hour ye.Itu pun tinggal nyawa2 ikan je setiap tayangan.I watched the movie with B.Janji nak tgk ngan kak suzi and kak yam tapi panggilan dari Bumblebee terlalu kuat.hahaha.

Ok...Transformers kali ni lain sket cuz banyak watak robot baru dimasukkan.Dengan pemergian Sam ke kolej membuatkan Bumblebee sedih. Kesian tgk die. Pastu seperti biasa,adventure bermula. Kehadiran Autobots kini bukan menjadi perkara luar biasa kepada US Army cuz Autobots ni bergabung tenaga untuk menyelamatkan dunia. Kiranya,ni misi rahsia la. Si Decepticons ni pulak makin jahat tambah2 lagi bila The Fallen cuba untuk menakluki dunia dengan memusnahkan Optimus Prime. Walaupun Optimus Prime mati sewaktu berlawan dengan Megatron tetapi denagn Matrix, Optimus Prime bangkit semula dan menjadi semakin kuat dengan sumbangan bahagian badan daripada Jetfire(Decepticons yang dah beralih arah kepada Autobots,kira pengkhianat dlam selimut la ni..hihi). Pastu, dalam war untuk menyelamatkan Optimus Prime, ada Autobot kembar named Skids and Mudflap(dorg ni kembar), pastu ada Sideswipe,Jolt dan Arcee yang turut membantu.

Masa Sam baru je masuk kolej, dia didatangi seorang perempuan seksi. Rupanya minah ni Decepticons. Dalam filem ni ada la sikit2 part yang sensor tapi masih boleh diterima akal dan kelakar. Filem ni pon ada sedihya juga.
So,u guys, beli la tiket cecepat. Mmg tak rugi punyalah!!!

Wednesday, June 17, 2009

17 AGAIN...

Arghh...dah lama tak update blog.Bukan ape,penyakit malas datang melanda.Hari ni rajin sket cuz malas nak ketuk story.hahaha.Biarkan kak ema menjerit.Dah lama dah tak dengar die menjerit.hikhik.Ok,actually the main reason menulis blog ni bukan ape,nak ajak uol semua g tengok 17 again.Lakonan Zac Efron.To be frank,im not a big fan of younger generation punya actor but sewaktu menonto filem ni,tiba-tiba rasa jatuh hati dengan lakonan mamat sorang nih.
Ceritanya gini...Si Zac Efron ni mmg gemilang la pada zaman remaja dulu.Masa die main basketball,tetiba dia dikejutkan dengan berita bahawa kekasihnya sudah mengandung.So,dia terpaksa lepaskan impian die nak jadi pemain basketball.Yang menjadi kisahnya menarik is when dia diberikan peluang kembali pada zaman remajanya dan memperbetulkan nasibnya semula.Then,there comes the prince charming,Zac Efron.Can u imagine,a young hot teenager like him melakonkan watak 'daddy'?OMG!!!Kalau u guys tgk movie ni,im sure,u will lay back and imagining urself in teh film and sitting beside Zac Efron.Ya ampun! He is super cool okay!And banyaklah scenes dalam movie ni yang akan membuatkan uol ketawa dan terus ketawa.
Plus,suara die yang ala2 husky tu amat memilukan masa die membaca surat untuk isterinya yang minta cerai daripada die.Beb,for sure korg akan sebak dan mungkin menitiskan air mata like i do!
Teringat pulak masa berumur 17 tahun dulu.Yelah,zaman2 tengah hot.Apa kata orang 'budak baru nak naik'?hihi.Masa tu teringat macam mana masing2 sibuk nak menonjolkan diri depan junior.Kalau u jadi salah seorang wakil sekolah,tak kiralah sukan ke,persatuan ke.Kalau masuk persatuan catur pon adik2 junior ni suka tau!And...masa ni jugaklah gatal mencari bf.Ya ampun..tersangatlah gediknya apabila berjumpa jantan.Hormon tu extra menggelegak.hahaha.But thats the beauty of an experience.Kita belajar dari pengalaman and kita hidup pun melalui pengalaman.Tak kisahlah pengalaman orang atau pengalaman sendiri.
BTW,the focus of promoting 17 AGAIN is accomplish.Guys,go to the nearest cinema and grab ticket for this movie.Feel free to fall in love with Mr Zac Efron ya!

Thursday, April 16, 2009

Lepas hajat...

Kak suzi ni makan sampai stim mata...:)

Baru sampai,pose dulu...

Ni potato soup ye...

Kak yam cuba nak habiskan food die. Banyak siot!
Bosa bona onion and tomatonyer...

Tomato soup
Nak order ape ek?...

Masa ni tengah lapar

Sirloin Cheddar Sandwic

Cheesy burger

BBQ 1/4 Chicken


Phuh...alhamdulillah...Akhirnya dapat jugak aku langsaikan hutang aku ngan kak yam.Bukan apa,dah lama sangat janji ngan kak yam nak makan kat Tony 'Meramas'(kak yam yang bagi nama ni)...Tony Roma's daa...Buka main happy lagi kak yam.Memula ingat nk share je makanan yang ada.Yela,kan makanan kat sana dihidangkan dalam big portion.Tapi akhirnya masing-masing order sendiri pastu tak habis. Tapi takpe..tapau la,apa lagi...Masa mula2 dudk kat seat,ada perkara yang amat memeranjatkan kami.Ikuti cerita di bawah...

Server: Hye. We have lunch set or u can order ala carte. Our soup of the day is Hot 'Pork' Soup
Me ; What???Definately not for us.Dalam hati aku,bodo ke hape minah ni.Dah nampak kitorg ni pakai tudung,takkan nak makan pork lak
Server :You can change the soup with potato.
Me :Ok..we will have that

Lepas je minah tu blah,aku trus tepon kawan aku.Die punyalah terkejut bila aku kata Tony Roma's jual pork.Past die bebel sampai aku berpeluh2 sebab kena marah. Then aku panggil server lain. Die kata soup of the day is hot beef with tomato.Pastu aku pun ala2 ting tong dan masih tertanya2.Tapi yang pasti mmg minah tu salah cakap (Yela...takkan salah kitorg lak kot). Lepas tu kitorg pon makan dengan lahapnya. Kak yam order Chessy Burger,kak suzi plak order BBQ 1/4 Chicken. We had blast moment,as always...Pastu ada la sorg server ni,kak yam dok ingat die lelaki tapi die agak terkejut bila aku kata server tu pempuan.Ahaks...Agak macho dan gentleman jugak la.Pastu bila perut dah kenyang,mulalah rasa nak muntah.Bergelak2 lagi.Ditambah plak aku dah bocorkan satu rahsia aku pada dorg.Lagilah dorg gelakkan aku...

Sedih jugak Cik Yam tak dapat join...tapi takpe...Next time k...

Thursday, April 9, 2009

Kenangan Bersamamu...

Cake buatan kakak Cik Yam. Sedap!

Inilah present untuk saya dari mereka...:)


Comel tak?







Thank you guys...

Masa ni Kak Suz nak tulis sesuatu atas yang dorg beli untuk aku...
Kak yam 'PAGOH'...Kesian..dia terpaksa patah balik ke KL...
Khusyuknyalah dorg tiga orang ni...Apa yang confuse tu Yam Shukor?...

LoVe yOu gUyS fOrEvEr

Banyak benda yang mengejutkan pernah berlaku dalam hidup aku. Tapi semalam adalah sesuatu yang tak pernah aku jangka. Bukan tk pernah jangka,tapi tak sangka. Sebelum ni aku dah kata,tak payah la buat apa2 untuk hari bertuah ni.Tapi tak sangka pulak rupanya Kak Yam,Kak Suzi dan Cik Yam ada agenda. Siap da master mind lagi. Walau apa pun,kehadiran korg semua amatlah bermakna. Apa yang korg dah buat ni betul2 buat aku terharu. Dari plan si master mind sampailah ke pelakon2 HARAPAN NEGARA,semuanya bekerjasama dengan baik.

Sampai je kat Chili's,tergamam aku tengok minah 3 orang ni.Tersengih2.Sebelum ni aku mmg syak sesuatu tapi ada je benda yang tak logik yang aku tak teliti. To be frank,memang aku extra carefull this time cuz aku ni sebenarnya kurang suka surprise2 ni. Yelah,last year aku dah kena whipping cream. So this year aku harap perkara tu takkan terjadi lagi. Tapi kejutan kali ni lebih hangat rupenya. Lepas dinner,Yam Shukor kata nak balik awal sebab kesian kat anak kat rumah. Tapi,tetiba bila aku masuk panggung(dah janji nak tgk Jangan tegur),semua ada kat sini. Lagi sekali aku terkejut beruk! Nasib baik aku tak menjerit. Ya ampun,sekali lagi korg buat aku terharu. Yelah,aku tau korg sume takut tgk citer hantu kan?

Habis je movie,kitorg pon balik rumah. Syean Cik Yam,die kene balik sensorg. Tapi aku tau die gigih.hahahaha.Balik tu,aku bukak la hadiah pemberian dorg.Sweet sangat. Ada belt n frame. Nnt aku pakai barang2 tu,aku amik gambar tunjuk kat korg k. Btw,terima kasih yang tak terhingga kepada u guys cuz menjadikan tahun ini antara yang terbaik dlam hidup aku. Dari mastermindke pelakon2,TERIMA KASIH DAUN KELADI,KEBAIKAN KORG AKU INGATI...






















































Tuesday, April 7, 2009

Hadiah sempurna...


Sejak dua minggu lepas lagi mak sibuk membeli tudung. Ada yang dibeli dari kawan2 tempat die mengaji,ada juga yang dibeli semasa kami berdua shopping di Jalan Tuanku Abdu Rahman.Kononnya hanya nak ke Jackel membeli kain untuk mak,tapi mata ni tak henti2 meliar.Banyaknya tudung yang cantik2.Geram je.Mak pulak offer diri nak membelikan aku barang sehelai dua tudung dan selendang.Aku pun pilihlah dengan rakusnya.Hihi..rakus?Takla,memilih dengan tamaknya.Akhirnya,dapatlah aku memilih sehelai selendang dan sehelai tudung petak biasa.Jadi,hari ni aku pun amiklah gambar memakai selendang biru.Ini kali kedualah aku pakai ke tempat keje.Semalam,aku dapat juga sepasang kasut baru.Sepatutnya dapat dua hari lepas tapi memandangkan saiz aku ni payah sangat nak cari,so terpaksalah pergi ke outlet lain.Ceria dan hati ni berbunga2 sangat.Terima kasih sume orang.Terharunya...For head and toe.Masa beli kasut ni,muka berseri2 je...Pemilihan yang tepat dan menepati citarasa.

Monday, April 6, 2009

IM HERE TO SAY GOODBYE...


Segala persoalan sudah terjawab. Akhirnya tiba masa untuk IREMAJA di bekukan. 'Dibekukan'? Entahlah..kata mereka,penutupan majalah ini hanya untuk sementara. Tapi,mana mungkin itu yang akan terjadi. SudahLah dikatakan tidak membawa untung,takkan nak buka lagi. Tinggal beberapa artikel lagi yang perlu aku sudahkan. Sebenarnya,sudah lama aku takde mood nak menulis. Mula2 aku tau pasal penutupan IREMAJA ni,fikiran dah tentu hala. Sudahlah waktu itu aku sedang assignment. Hilang segala mood. Walaupun baru setahun lebih aku singgah di meja editorial IREMAJA namun perasaan sayang terhadap majalah ini amat mendalam. kalau ke assignment,aku tak lagi menggunakan title writer IREMAJA. Tetapi aku bersyukur kerana kami tidak dibuang kerja,seperti sesetengah syarikat. Aku diserapkan ke majalah lain pula iaitu Jelita manakala kak suzi akan ke ANJUNG SERI. Kak siti pula dinaikkan pangkat menjadi editor penyelaras bahagian new product. Walaupun masih berada di atas tapi aku tak tahu macam mana situasinya. Yelah,majalah Jelita lebih serius,tak macam IREMAJA. Enjoy je. Artikelnya pun tak la serius sangat. Kalau sebelum ni aku asyik loan baju di jalan telawi,lepas ni aku akan ke butik2 mewah pula. Maklumlah,Jelita ni ada standardnya tersendiri. Aku nak ucapkan selamat berjaya kepada rakan2 semajalah aku yang akan membawa haluan masing2. Walau apa pun,persahabatan itu tetap terjalin. kan? Kan? Kan? GOODBYE IREMAJA...

Tuesday, March 24, 2009

1 hari lagi...

Emmm...apa yang 1 hari lagi ya? Kalau satu hari lagi,maknanya hari esok la kan? Hahahaha. YA,memang esok! Hari yang akan mengumpulkan team iremaja untuk mesyuarat bersama Pengurus Besar Kanan, Puan Zaini Zainudin. Agendanya? Mestlah untuk bercerita mengenai masa depan. Sedihlah apabila perjuangan putus ditengah jalan. Paling menyedihkan buat mereka yang sudah lama memperjuangkannya. Tak ada siapa yang mampu mengubah pendirian dia. Tak ada siapa mampu mengubah keputusan dia. Peliklah apabila tidak dapat membezakan keuntungan dan kerugian. Suka bersederhana sehingga buruk dan baik pun sukar dibezakan. Emm...takpelah. Terima je lah dengan hati terbuka. Sambil2 tu,mencari jugak sinar yang baru. Ikutkn hati,segala ke'best'an kat sini sukar ditandingi. Emmm..alah bisa tegal biasa la kan. So,kita tunggu je lah esok. Nanti akan di'update' lagi.