Thursday, July 16, 2009

Kembara Jelita 2009

Puas dan penat. Itu yang mampu diungkapkan. Inilah pengembaraan terakhir aku bersama team Berita Publishing. Penghijrahan aku ke tempat baru hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Seperti satu kebetulan, aku diberi peluang untuk bersama pembaca Jelita dan Anjung Seri mengikuti rombongan ke Pulau Langkawi. Dari Berita Publishing, Kak Zura, Kak Suriani, Syashila, Kak Suzi dan Kak Yam ikut skali. Masa malam kitorg nak bertolak tu, sedih juga bila tengok kak suriani menyorok2 sebab takut anak dia nampak. Bagus betul kak su ni. Dia sanggup meninggalkan anak dia beberapa hari kerana menjalankan tanggungjawab sebagai staff BPSB. Tahniah kak su atas komitmen yang kak su tunjukkan. Harus saya bawa nilai kerja yang macam ni ke mana saja saya pergi. BRAVO!!
Keberangkatan kami malam tu ada gimiknya. Biasalah,bahagian promosi dan event ni penuh dengan GIMIKS. Aku mmg tak tau pape pon pasal trip ni, so aku follow je la. Dengar jugak pembaca yang complaint pasal bas buruk. Mana yang dah selalu sangat ikut trip BPSB,dorg rileks je. Redha je. Sporting sungguh dorg nih. Rupanya, bas buruk yang kitorg naik tu hanyalah sementara je. Sebenarnya, bas yang dinaiki adalah bas terbaru dari KTB. Double decker beb! Lebih kurang jam 11 malam, kitorg bertolak ke Jeti Kuala Perlis.



Hari pertama

Kami tiba di Jeti Kuala Perlis jam 7 pagi. Masing2 tak mandi beb. Aku, Kak Suzi and Kak Yam plak mmg tak gosok gigi. Masa berenti solat kat masjid mmg nak gosok tapi toiletries sume dalam luggage bag so malas la nak bersusah payah keluarkan. Jadi,kami redha je. Singgah sarapan di Restoran Mona. To be frank, dari mula kami tiba di stesen KTB KL,layanan memang bagus. Makanan sume disediakan. Masa sarapan kat restoran ni pon, makanannya boleh tahan. Sebut je nak makan apa. Nasi lemak,mee hoon, kuih...macam2 ada.

Selesai sarapan, tunggu feri plak. Lambat jugak la tapi tak pe. layan je... Sampai di Langkawi Island, kitorg terus ke kilang gamat. Pusat memborong yang pertama untuk kami. Ingat makcik2 je yang memborong gamat? Aku ngan kak suzi dn kak yam pon memborong jugak tau. hihi.



Lepas membeli-belah di kilang gamat(peliknya shopping di kilang gamat kan?), kitorg terus ke Makam Mahsuri. Sekali lagi diulangi,kami tak mandi!!!! Bila sampai di Makam Mahsuri, kitorg terus ke tempat Mahsuri disemadikan. Bila teringat balik cerita pasal Mahsuri ni,kesian jugak. Yelah,dia telah difitnah bermukah dengan lelaki lain sehingga mengandungkan anak luar nikah. Hukumannya,dia disula! Lepas tu,Mahsuri bersumpah, Pulau Langkawi takkan aman dan maju sehingga 7 keturunan. Itulah kisahnya. Pastu kitorg bergambar dekat rumah Mahsuri. Ada satu perkara yang berlaku sehingga membuatkan aku,kak yam and kak suzi cuak sikit. Masa tgh berlegar2 tu tiba2 ada angin yang sangat kuat bertiup. Sampaikan pokok kekabu tu bergoyang dengan kuatnya. Kitorg pon terus la blah. Ingatkan nak hujan ke apa. Sebaik je keluar dari situ, cuaca elok semula. Apakah maknanya itiew??? Apa2 pon,tengoklah gambarnya...





Lepas lawatan tu, barulah kitorg ke hotel. Badan dah memang berlengas habis dah, Nak bergambar pon dah malas. Aktiviti start balik kul 5 pastu terus g dinner kat Restoran Wan Thai. Makanan Thai yang dihidangkan sangat sedap.

Hari kedua

Segarnya bau angin laut. Pagi ni tak sempat nak breakfast. Al maklumlah, hujan2 macam ni terlajak la pulak. Pagi ni kitorg ke rumah orang yang terkenal dengan panggilan Hamiza Jaguar di Langkawi. Sebabnya? Dia adalah org pertama yang pakai Jaguar di Langkawi tu. Rumah Puan Hamiza. Besar betul rumah dia. Ini bukan rumah tempat dia selalu lepak tapi ini rumah yang dijadukan rumah tamu. So,kalau ada saudara mara dia datang, kat sinilah dorg lepak. Jangan tak tau, ada kerabat pon suka lepak kat sini. Privacy katanya. Datin ni sangatlah baik. Kat sini jugak chef anuar buat demo..ala sekadar mengisi waktu terluang. So,enjoy the photos ya!



Lawatan ke Homestay-Fox Hill, Teluk Ulu Melaka. Owner dia seorang wanita Melayu. Seorang yang sangat tabah dan kuat bekerja walaupun menghidap barah... Masa interview tu, kagum gak la aku dengar dei bercerita. Kebetulan pulak,kitorg 3 org pakai baju merah. Dah macam menyambut tahun baru cina plak.kiki




Selepas lawatan, kitorg ke Restoran Sofea, milik Puan Hamiza untuk makan tengah hari pula. Lepas makan, kitorg bershoping coklat pula kat Pekan Kuah. Chocolates....here i come!!!!!!!



Lepas ni balik hotel semula dan menunggu dinner. Malam gemilang katernya. Join kejap je sbb tak sihat. huhu. So takdelah gambar untuk tatapan.

Hari ketiga

Hari ni hari kepulangan. G membeli belah kali terakhir di RAM, pastu g Beras Terbakar(dah takde dah beras terbakarnya. Tapak je yang tinggal) Malas pulak nak tulis ceritanya. Yang pasti, masa nak balik, kak su mendekati aku n kak suzi. Dia kata dia terharu sebb aku ngan suzi bersusah payah angkut beg dari bot ke jeti. Kiranya jadi org kuatlah. Rasa sebak gak bila org yang bukan dari department aku mengucapkan terima kasih sampai macam tu skali. Even, kak zura pon cakap terima kasih gak. Ala,takde hallah. Kitorg seronok dapat join event ni. Department ENP pon mmg best!

Happiness in life...

What is happiness? What it means to you? Bukan happiness dengan keluarga tu semua tapi happiness di dalam perhubungan... As for me, happiness untuk sebuah perhubungan itu adalah apabila lelaki/perempuan yang kita sayangi, cintai dan kasihi menjadi milik kita secara sah. Bukan apa, baru je lepas tengok gambar kawan2 yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Muka pun berseri-seri. Mana tidaknya, lelaki yang selama ini menjadi teman dalam hidupnya sudah bertukar gelaran menjadi suami pula. Bila kita bercinta, kita sebenarnya rasa tak secure dengan segala janji dan harapan tetapi sebaik sahaja dia sah menjadi suami, barulah kebahagiaan itu jelas terpancar. Cuba korang bayangkan, boy friend yang kita sayangi, cintai, boy friend kita yang kita rasa dia comel sangat berada di sisi kita sebagai suami. Dan cuba bayangkan kalau boy friend kita tu tak la sayang kita sangat n tak lah cintakan kita sangat tiba2 menjadi suami kita. Mesti lelaki tu tak la rasa bahagia sangat. Light2 je. Muka dia pon tak lah berseri kan?
Macam gambar2 kawin kawan2 aku yang aku tengok ni. Masing2 nampak sangat bahagia. Happy sangat. Memamng la kita akan kata, kalau ada kawan2 pon sebenarnya dah cukup tetapi apabila kita bersama seorang lelaki yang dianggap boy friend, kita nakkan jaminan yang lebih baik lagi. Betul tak? Hrm...tak lama lagi, seorang lagi kawan aku akan berkahwin. To Fara, all the best in ur life k. Be a good wife and dun let him get away. Lapan tahun usia perkenalan uol berdua akhirnya disatukan menjadi ikatan perkahwinan yang sah. Mesti bahagia kan? Bahagia bila orang yang kita sayangi dan jaga selama ni menjadi milik kita. Congratulation!