Thursday, September 17, 2009

Kisah Rasulullah

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, AlQur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba."Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?"tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata Sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang."Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu>Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammadwabaarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanyaRasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Allahu Ta'la A'lam. Ya Rasullullah saw.. betapa aku merinduimu...

Selama kini,berapa kerap kita mengingati Rasullullah? Sedangkan mengingati Allah sahaja jarang sekali,inikan pula Nabi Allah. Sehingga tiba ajal Nabi,dia masih bimbangkan umatnya. Tak mampu lagi jemari ini menari melakar cerita. Bisikanlah cerita2 ini ke hatimu dan tusuklah ke hatimu.

Baca pula kisah ni...

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah", tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .". kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...". kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwassallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh". Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.


...berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

Thursday, July 16, 2009

Kembara Jelita 2009

Puas dan penat. Itu yang mampu diungkapkan. Inilah pengembaraan terakhir aku bersama team Berita Publishing. Penghijrahan aku ke tempat baru hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Seperti satu kebetulan, aku diberi peluang untuk bersama pembaca Jelita dan Anjung Seri mengikuti rombongan ke Pulau Langkawi. Dari Berita Publishing, Kak Zura, Kak Suriani, Syashila, Kak Suzi dan Kak Yam ikut skali. Masa malam kitorg nak bertolak tu, sedih juga bila tengok kak suriani menyorok2 sebab takut anak dia nampak. Bagus betul kak su ni. Dia sanggup meninggalkan anak dia beberapa hari kerana menjalankan tanggungjawab sebagai staff BPSB. Tahniah kak su atas komitmen yang kak su tunjukkan. Harus saya bawa nilai kerja yang macam ni ke mana saja saya pergi. BRAVO!!
Keberangkatan kami malam tu ada gimiknya. Biasalah,bahagian promosi dan event ni penuh dengan GIMIKS. Aku mmg tak tau pape pon pasal trip ni, so aku follow je la. Dengar jugak pembaca yang complaint pasal bas buruk. Mana yang dah selalu sangat ikut trip BPSB,dorg rileks je. Redha je. Sporting sungguh dorg nih. Rupanya, bas buruk yang kitorg naik tu hanyalah sementara je. Sebenarnya, bas yang dinaiki adalah bas terbaru dari KTB. Double decker beb! Lebih kurang jam 11 malam, kitorg bertolak ke Jeti Kuala Perlis.



Hari pertama

Kami tiba di Jeti Kuala Perlis jam 7 pagi. Masing2 tak mandi beb. Aku, Kak Suzi and Kak Yam plak mmg tak gosok gigi. Masa berenti solat kat masjid mmg nak gosok tapi toiletries sume dalam luggage bag so malas la nak bersusah payah keluarkan. Jadi,kami redha je. Singgah sarapan di Restoran Mona. To be frank, dari mula kami tiba di stesen KTB KL,layanan memang bagus. Makanan sume disediakan. Masa sarapan kat restoran ni pon, makanannya boleh tahan. Sebut je nak makan apa. Nasi lemak,mee hoon, kuih...macam2 ada.

Selesai sarapan, tunggu feri plak. Lambat jugak la tapi tak pe. layan je... Sampai di Langkawi Island, kitorg terus ke kilang gamat. Pusat memborong yang pertama untuk kami. Ingat makcik2 je yang memborong gamat? Aku ngan kak suzi dn kak yam pon memborong jugak tau. hihi.



Lepas membeli-belah di kilang gamat(peliknya shopping di kilang gamat kan?), kitorg terus ke Makam Mahsuri. Sekali lagi diulangi,kami tak mandi!!!! Bila sampai di Makam Mahsuri, kitorg terus ke tempat Mahsuri disemadikan. Bila teringat balik cerita pasal Mahsuri ni,kesian jugak. Yelah,dia telah difitnah bermukah dengan lelaki lain sehingga mengandungkan anak luar nikah. Hukumannya,dia disula! Lepas tu,Mahsuri bersumpah, Pulau Langkawi takkan aman dan maju sehingga 7 keturunan. Itulah kisahnya. Pastu kitorg bergambar dekat rumah Mahsuri. Ada satu perkara yang berlaku sehingga membuatkan aku,kak yam and kak suzi cuak sikit. Masa tgh berlegar2 tu tiba2 ada angin yang sangat kuat bertiup. Sampaikan pokok kekabu tu bergoyang dengan kuatnya. Kitorg pon terus la blah. Ingatkan nak hujan ke apa. Sebaik je keluar dari situ, cuaca elok semula. Apakah maknanya itiew??? Apa2 pon,tengoklah gambarnya...





Lepas lawatan tu, barulah kitorg ke hotel. Badan dah memang berlengas habis dah, Nak bergambar pon dah malas. Aktiviti start balik kul 5 pastu terus g dinner kat Restoran Wan Thai. Makanan Thai yang dihidangkan sangat sedap.

Hari kedua

Segarnya bau angin laut. Pagi ni tak sempat nak breakfast. Al maklumlah, hujan2 macam ni terlajak la pulak. Pagi ni kitorg ke rumah orang yang terkenal dengan panggilan Hamiza Jaguar di Langkawi. Sebabnya? Dia adalah org pertama yang pakai Jaguar di Langkawi tu. Rumah Puan Hamiza. Besar betul rumah dia. Ini bukan rumah tempat dia selalu lepak tapi ini rumah yang dijadukan rumah tamu. So,kalau ada saudara mara dia datang, kat sinilah dorg lepak. Jangan tak tau, ada kerabat pon suka lepak kat sini. Privacy katanya. Datin ni sangatlah baik. Kat sini jugak chef anuar buat demo..ala sekadar mengisi waktu terluang. So,enjoy the photos ya!



Lawatan ke Homestay-Fox Hill, Teluk Ulu Melaka. Owner dia seorang wanita Melayu. Seorang yang sangat tabah dan kuat bekerja walaupun menghidap barah... Masa interview tu, kagum gak la aku dengar dei bercerita. Kebetulan pulak,kitorg 3 org pakai baju merah. Dah macam menyambut tahun baru cina plak.kiki




Selepas lawatan, kitorg ke Restoran Sofea, milik Puan Hamiza untuk makan tengah hari pula. Lepas makan, kitorg bershoping coklat pula kat Pekan Kuah. Chocolates....here i come!!!!!!!



Lepas ni balik hotel semula dan menunggu dinner. Malam gemilang katernya. Join kejap je sbb tak sihat. huhu. So takdelah gambar untuk tatapan.

Hari ketiga

Hari ni hari kepulangan. G membeli belah kali terakhir di RAM, pastu g Beras Terbakar(dah takde dah beras terbakarnya. Tapak je yang tinggal) Malas pulak nak tulis ceritanya. Yang pasti, masa nak balik, kak su mendekati aku n kak suzi. Dia kata dia terharu sebb aku ngan suzi bersusah payah angkut beg dari bot ke jeti. Kiranya jadi org kuatlah. Rasa sebak gak bila org yang bukan dari department aku mengucapkan terima kasih sampai macam tu skali. Even, kak zura pon cakap terima kasih gak. Ala,takde hallah. Kitorg seronok dapat join event ni. Department ENP pon mmg best!

Happiness in life...

What is happiness? What it means to you? Bukan happiness dengan keluarga tu semua tapi happiness di dalam perhubungan... As for me, happiness untuk sebuah perhubungan itu adalah apabila lelaki/perempuan yang kita sayangi, cintai dan kasihi menjadi milik kita secara sah. Bukan apa, baru je lepas tengok gambar kawan2 yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Muka pun berseri-seri. Mana tidaknya, lelaki yang selama ini menjadi teman dalam hidupnya sudah bertukar gelaran menjadi suami pula. Bila kita bercinta, kita sebenarnya rasa tak secure dengan segala janji dan harapan tetapi sebaik sahaja dia sah menjadi suami, barulah kebahagiaan itu jelas terpancar. Cuba korang bayangkan, boy friend yang kita sayangi, cintai, boy friend kita yang kita rasa dia comel sangat berada di sisi kita sebagai suami. Dan cuba bayangkan kalau boy friend kita tu tak la sayang kita sangat n tak lah cintakan kita sangat tiba2 menjadi suami kita. Mesti lelaki tu tak la rasa bahagia sangat. Light2 je. Muka dia pon tak lah berseri kan?
Macam gambar2 kawin kawan2 aku yang aku tengok ni. Masing2 nampak sangat bahagia. Happy sangat. Memamng la kita akan kata, kalau ada kawan2 pon sebenarnya dah cukup tetapi apabila kita bersama seorang lelaki yang dianggap boy friend, kita nakkan jaminan yang lebih baik lagi. Betul tak? Hrm...tak lama lagi, seorang lagi kawan aku akan berkahwin. To Fara, all the best in ur life k. Be a good wife and dun let him get away. Lapan tahun usia perkenalan uol berdua akhirnya disatukan menjadi ikatan perkahwinan yang sah. Mesti bahagia kan? Bahagia bila orang yang kita sayangi dan jaga selama ni menjadi milik kita. Congratulation!

Tuesday, June 23, 2009

Transformers 2:Revenge of The Fallen



Again...Transformers menjadi film of the year. Seperti yang dijadualkan,filem ni sepatutnya berada di panggung on the 24th June but entah kenapa,dekat Pavilion sudah pun ditayangkan.Tayangan every half an hour ye.Itu pun tinggal nyawa2 ikan je setiap tayangan.I watched the movie with B.Janji nak tgk ngan kak suzi and kak yam tapi panggilan dari Bumblebee terlalu kuat.hahaha.

Ok...Transformers kali ni lain sket cuz banyak watak robot baru dimasukkan.Dengan pemergian Sam ke kolej membuatkan Bumblebee sedih. Kesian tgk die. Pastu seperti biasa,adventure bermula. Kehadiran Autobots kini bukan menjadi perkara luar biasa kepada US Army cuz Autobots ni bergabung tenaga untuk menyelamatkan dunia. Kiranya,ni misi rahsia la. Si Decepticons ni pulak makin jahat tambah2 lagi bila The Fallen cuba untuk menakluki dunia dengan memusnahkan Optimus Prime. Walaupun Optimus Prime mati sewaktu berlawan dengan Megatron tetapi denagn Matrix, Optimus Prime bangkit semula dan menjadi semakin kuat dengan sumbangan bahagian badan daripada Jetfire(Decepticons yang dah beralih arah kepada Autobots,kira pengkhianat dlam selimut la ni..hihi). Pastu, dalam war untuk menyelamatkan Optimus Prime, ada Autobot kembar named Skids and Mudflap(dorg ni kembar), pastu ada Sideswipe,Jolt dan Arcee yang turut membantu.

Masa Sam baru je masuk kolej, dia didatangi seorang perempuan seksi. Rupanya minah ni Decepticons. Dalam filem ni ada la sikit2 part yang sensor tapi masih boleh diterima akal dan kelakar. Filem ni pon ada sedihya juga.
So,u guys, beli la tiket cecepat. Mmg tak rugi punyalah!!!

Wednesday, June 17, 2009

17 AGAIN...

Arghh...dah lama tak update blog.Bukan ape,penyakit malas datang melanda.Hari ni rajin sket cuz malas nak ketuk story.hahaha.Biarkan kak ema menjerit.Dah lama dah tak dengar die menjerit.hikhik.Ok,actually the main reason menulis blog ni bukan ape,nak ajak uol semua g tengok 17 again.Lakonan Zac Efron.To be frank,im not a big fan of younger generation punya actor but sewaktu menonto filem ni,tiba-tiba rasa jatuh hati dengan lakonan mamat sorang nih.
Ceritanya gini...Si Zac Efron ni mmg gemilang la pada zaman remaja dulu.Masa die main basketball,tetiba dia dikejutkan dengan berita bahawa kekasihnya sudah mengandung.So,dia terpaksa lepaskan impian die nak jadi pemain basketball.Yang menjadi kisahnya menarik is when dia diberikan peluang kembali pada zaman remajanya dan memperbetulkan nasibnya semula.Then,there comes the prince charming,Zac Efron.Can u imagine,a young hot teenager like him melakonkan watak 'daddy'?OMG!!!Kalau u guys tgk movie ni,im sure,u will lay back and imagining urself in teh film and sitting beside Zac Efron.Ya ampun! He is super cool okay!And banyaklah scenes dalam movie ni yang akan membuatkan uol ketawa dan terus ketawa.
Plus,suara die yang ala2 husky tu amat memilukan masa die membaca surat untuk isterinya yang minta cerai daripada die.Beb,for sure korg akan sebak dan mungkin menitiskan air mata like i do!
Teringat pulak masa berumur 17 tahun dulu.Yelah,zaman2 tengah hot.Apa kata orang 'budak baru nak naik'?hihi.Masa tu teringat macam mana masing2 sibuk nak menonjolkan diri depan junior.Kalau u jadi salah seorang wakil sekolah,tak kiralah sukan ke,persatuan ke.Kalau masuk persatuan catur pon adik2 junior ni suka tau!And...masa ni jugaklah gatal mencari bf.Ya ampun..tersangatlah gediknya apabila berjumpa jantan.Hormon tu extra menggelegak.hahaha.But thats the beauty of an experience.Kita belajar dari pengalaman and kita hidup pun melalui pengalaman.Tak kisahlah pengalaman orang atau pengalaman sendiri.
BTW,the focus of promoting 17 AGAIN is accomplish.Guys,go to the nearest cinema and grab ticket for this movie.Feel free to fall in love with Mr Zac Efron ya!

Thursday, April 16, 2009

Lepas hajat...

Kak suzi ni makan sampai stim mata...:)

Baru sampai,pose dulu...

Ni potato soup ye...

Kak yam cuba nak habiskan food die. Banyak siot!
Bosa bona onion and tomatonyer...

Tomato soup
Nak order ape ek?...

Masa ni tengah lapar

Sirloin Cheddar Sandwic

Cheesy burger

BBQ 1/4 Chicken


Phuh...alhamdulillah...Akhirnya dapat jugak aku langsaikan hutang aku ngan kak yam.Bukan apa,dah lama sangat janji ngan kak yam nak makan kat Tony 'Meramas'(kak yam yang bagi nama ni)...Tony Roma's daa...Buka main happy lagi kak yam.Memula ingat nk share je makanan yang ada.Yela,kan makanan kat sana dihidangkan dalam big portion.Tapi akhirnya masing-masing order sendiri pastu tak habis. Tapi takpe..tapau la,apa lagi...Masa mula2 dudk kat seat,ada perkara yang amat memeranjatkan kami.Ikuti cerita di bawah...

Server: Hye. We have lunch set or u can order ala carte. Our soup of the day is Hot 'Pork' Soup
Me ; What???Definately not for us.Dalam hati aku,bodo ke hape minah ni.Dah nampak kitorg ni pakai tudung,takkan nak makan pork lak
Server :You can change the soup with potato.
Me :Ok..we will have that

Lepas je minah tu blah,aku trus tepon kawan aku.Die punyalah terkejut bila aku kata Tony Roma's jual pork.Past die bebel sampai aku berpeluh2 sebab kena marah. Then aku panggil server lain. Die kata soup of the day is hot beef with tomato.Pastu aku pun ala2 ting tong dan masih tertanya2.Tapi yang pasti mmg minah tu salah cakap (Yela...takkan salah kitorg lak kot). Lepas tu kitorg pon makan dengan lahapnya. Kak yam order Chessy Burger,kak suzi plak order BBQ 1/4 Chicken. We had blast moment,as always...Pastu ada la sorg server ni,kak yam dok ingat die lelaki tapi die agak terkejut bila aku kata server tu pempuan.Ahaks...Agak macho dan gentleman jugak la.Pastu bila perut dah kenyang,mulalah rasa nak muntah.Bergelak2 lagi.Ditambah plak aku dah bocorkan satu rahsia aku pada dorg.Lagilah dorg gelakkan aku...

Sedih jugak Cik Yam tak dapat join...tapi takpe...Next time k...

Thursday, April 9, 2009

Kenangan Bersamamu...

Cake buatan kakak Cik Yam. Sedap!

Inilah present untuk saya dari mereka...:)


Comel tak?







Thank you guys...

Masa ni Kak Suz nak tulis sesuatu atas yang dorg beli untuk aku...
Kak yam 'PAGOH'...Kesian..dia terpaksa patah balik ke KL...
Khusyuknyalah dorg tiga orang ni...Apa yang confuse tu Yam Shukor?...

LoVe yOu gUyS fOrEvEr

Banyak benda yang mengejutkan pernah berlaku dalam hidup aku. Tapi semalam adalah sesuatu yang tak pernah aku jangka. Bukan tk pernah jangka,tapi tak sangka. Sebelum ni aku dah kata,tak payah la buat apa2 untuk hari bertuah ni.Tapi tak sangka pulak rupanya Kak Yam,Kak Suzi dan Cik Yam ada agenda. Siap da master mind lagi. Walau apa pun,kehadiran korg semua amatlah bermakna. Apa yang korg dah buat ni betul2 buat aku terharu. Dari plan si master mind sampailah ke pelakon2 HARAPAN NEGARA,semuanya bekerjasama dengan baik.

Sampai je kat Chili's,tergamam aku tengok minah 3 orang ni.Tersengih2.Sebelum ni aku mmg syak sesuatu tapi ada je benda yang tak logik yang aku tak teliti. To be frank,memang aku extra carefull this time cuz aku ni sebenarnya kurang suka surprise2 ni. Yelah,last year aku dah kena whipping cream. So this year aku harap perkara tu takkan terjadi lagi. Tapi kejutan kali ni lebih hangat rupenya. Lepas dinner,Yam Shukor kata nak balik awal sebab kesian kat anak kat rumah. Tapi,tetiba bila aku masuk panggung(dah janji nak tgk Jangan tegur),semua ada kat sini. Lagi sekali aku terkejut beruk! Nasib baik aku tak menjerit. Ya ampun,sekali lagi korg buat aku terharu. Yelah,aku tau korg sume takut tgk citer hantu kan?

Habis je movie,kitorg pon balik rumah. Syean Cik Yam,die kene balik sensorg. Tapi aku tau die gigih.hahahaha.Balik tu,aku bukak la hadiah pemberian dorg.Sweet sangat. Ada belt n frame. Nnt aku pakai barang2 tu,aku amik gambar tunjuk kat korg k. Btw,terima kasih yang tak terhingga kepada u guys cuz menjadikan tahun ini antara yang terbaik dlam hidup aku. Dari mastermindke pelakon2,TERIMA KASIH DAUN KELADI,KEBAIKAN KORG AKU INGATI...