Tuesday, December 30, 2008

Thanks MAriam...

Bangun pagi, terasa kosong. Ingatkan tugasan semalam sudah selesai, rupanya belum lagi. Selesai mengerjakan apa yang patut,jari mula bekerja. Sebelum tu,sempat juga sms Mariam,meluah rasa. Tak mengharapkan balasan daripada dia pun. Lepas tu, terus bekerja. Kata orang,idea di pagi hari masih segar dan kreatif. Ye ke? Rasa mengantuk adalah! Tak sampai satu page,mata semakin kuyu. Erm…sambung kat ofis nantilah. Nak lelap sekejap. Sedar2 je,sudah jam lapan. Seingatnya,jam dikunci 730. Oh,rupanya 730 hari selasa. Padahal hari ni sudah masuk hari Rabu! Baju belum digosok. Apalagi,kelam kabut jadinya. 815 pagi,Yam dah call. Nak tau cerita la tu. Kesian dia telefon banyak kali. Sory sayang…:) sepanjang perjalanan ke ofis, mulut tak henti2 bercerita dengan yam. Sesekali,mengalir juga air mata tapi yam faham. Lega sikit bila dapat bercerita dengan dia.

Sampai di ofis, inagtkan nak siapkan artikel yang tertanggung tetapi ada masalah lain pula timbul. So,masa yang ada ni dihabiskan dengan menulis blog. Sambil tu,sambung juga sikit2 artikel Mawi dan Ekin. Yelah,daripada membuang masa, lebih baik buat sesuatu. Tadi kak suzi call,ajak breakfast. Rasa malas pulak. Cuma mengirim je. Sebenarnya,nak menunggu Shima(grafik) ni. Ingat nak minta tolong pada dia masukkan story malam tadi dalam server. Tapi,dia tak keluar2 bilik air dari tadi. Ke…dia pun g breakfast jugak? Isk…erm…takpela. Menunggu sambil mengarut la jawabnya.

Apa makna kekuatan?

Sesekali,teringin rasanya meluahkan apa yang terpendam di hati. Bukan tidak ada sesiapa untuk berkongsi Cuma ada kalanya kita lebih selesa berbicara dengan hati. Berbicara dengan hati,tapi luah dalam blog :). Pejam celik,sudah setahun berlalu. Esok merupakan hari terakhir untuk 2008. selamat datang 2009! Mengharungi satu tahun bukannya mudah. Mungkin,bagi sesetengah orang,2008 membawa tuah dan kesenangan tetapi tidak kurang juga yang menghadapi kesukaran. Hari ini,saat ini dan tika ini,hati dan jiwa tidak tenteram (tapi takla sampai ada hanky-panky business). Sepuluh jari mohon ampun kerana tidak amanah menjaga amanah dan harta. Hati meronta-ronta ingin mengetahui. Selama kini,pernah juga terdetik nak menggodam isi yang ada tapi sedar hati tidak kuat. Tetapi kali ini,setelah segala kerja siap dilaksanakan,teringin pula nak selidik apa isi kandungan. Segala perasaan bercampur baur. Betulkah apa yang dilakukan selama ini? Apakah segalanya sudah tertulis begini? Hati mula tak keruan. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. Banyak kegembiraan yang terpancar di sini. Tetapi kini,semuanya tak seperti dulu. Entah siapa yang salah,siapa pula di pihak yang benar. Masing-masing menegakkan diri sendiri. Susah mendapatkan kejujuran daripada kata-kata,susah juga hendak mentafsirkan melalui gambaran yang ada. Hanya naluri mampu mengadili tapi sejauh mana keadilan tu? Ha…itu yang kita tak tahu (salah satu dialog Khir Rahman dalam Los dan Faun).

Tidak pernah tidak hati membicarakan soal ini. Setiap kali masuk dalam mahkamah hati,mulut hanya mampu tertutup rapat,mata hanya mampu basah dan telinga hanya mampu pekak. Sedih tapi itu hakikat. Bukan mudah melakukan sesuatu untuk menyenangkan semua pihak tetapi bukan mudah juga untuk berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa untuk menutup mulut setiap pihak. Bukan sekali dua hati dihentam oleh perasaan. Sakit! Cukup sakit sampai boleh mati. Bukan mati sebab ajal,tapi mati akal. Tak tahu lagi apa yang harus dipilih sedangkan pilihan ada di depan mata. Penat hidup tidak tentu hala. Penat menghitung hari. Penat mengira waktu. Dan penat melayan perasaan. Bukan tak tahu dan tak peduli perasaan yang berbelah-bagi tetapi hanya cuba mencari jalan supaya segalanya mudah. Setiap situasi adakalanya menimbulkan rasa kasihan tetapi apa lagi yang mampu dilakukan selain hanya berserah dan berdoa. Hanya Tuhan saja yang membimbing hati ni. Hanya Dia saja yang memandu kehidupan ni. Hanya Dia saja yang memahami hati ini. Hanya Dia sahaja yang mendengar tanpa membalas kata-kata. Hanya Dia sahaja yang memutuskan apa yang difikirkanNya terdaya untuk diri ini menanggung. Entah sampai bila lagi…

Monday, December 29, 2008

Mawi...mawi...mawi...

For the past 3 weeks,tak habis2 orang bercerita pasal wedding Mawi dn Ekin. Hrm…dah jodoh dorang. Biarlah macam mana sekalipun kita memuji dan mengata,hanya mereka je yang lebih tahu. Hanya mereka je yang rasa bahagia. Lagipun,semua tu duit dorang. Betullah kata orang,cinta itu buta. Biarlah apa juga kata orang,kalau sampai jodohnya,bertemu juga. Kita doakan je la semoga mereka kecapi bahagia sehingga akhir hayat. Syahdu juga tengok gambar2 pernikahan dorang. Terasa sayu di hati. Teringat masa abang2 aku kawin dulu. Aku lak yang menitis airmata tatkala tok kadi membaca…erm..baca apa tah. Tapi masa tu suasana syahdu la.

Hrm…bercakap pasal perkahwinan ni,teringat plak apa yang aku,kak suzi and kak yam bercerita semalam. Semalam teman kak yam g bangsar village. Pastu dalam kereta,kitorang bercerita mengenai mawi dan ekin(lagi dan lagi). Dalam kerancakan bercerita,kitorang bercakap pasal pasangan. Untuk bahagia dalam perkahwinan,bukan sekadar cinta je diperlukan. Keserasian diantara pasangan adalah kunci utama. Pernah juga kawan2 mengadu bosan dalam perkahwinan gara2 pasangan tidak memahami. Dahlah minat berbeza, perangai pon jauh berbeza. At least kan,kalau nak cari pasangan biarlah yang ada perangai macam kita. Sikit2 pun takpe. Hobi dan minat berbeza takpe,janji perangai kene similar. Bila fikir2 balik apa yang dibincangkan ni,ada betulnya juga. Tapi,entahlah…

Monday, December 22, 2008

JeNg...jenG...JENg...

Aduh! Panas pulak tempat duduk ni. Bukan ape,dapat info dari kengkawan petang ni ada meeting tergempar. Masalahnya, meeting tu hanya dihadiri team iremaja dan jelita je. Nak g PC ABP pun takleh la nampak gayanya. Ada hot story kah?? Ada pertukaran HOD kah? Adakah iremaja akan kehilangan editor? Hrm…semuanya menjadi tanda Tanya. Nervous nih! Bak kata kak suzi,kalau betul kak ema akan beralih ke Jelita, nampaknya kami akan adakan 3 majlis serentak. Hrm…dengan nervousnya,kita tunggu post hot storynya lepas ni k!

Sunday, December 21, 2008

KeDAmAiAN DaN KeTENangAN...

Selepas habis segala kesibukan kat ofis, barulah kali ni dapat berehat. Fizikal dan mental ye. Penat la kalau masa yang ada sentiasa sibuk. Berat rasa kepala. Tapi, at last dapat juga rasa damai dalam jiwa. Betul apa kata orang, ketenangan hadir bersama jiwa dan akal yang rilex. Kita kena pandai cari apa pandangan yang menenangkan. Satu pemandangan yang luas dan bersih. Tak lama sebenarnya masa yang aku ambil untuk merasa tenang. Dalam masa setengah jam, hati aku tenang je. Sempat juga aku fikir mengenai hidup dan manusia.

Manusia cepat lupa dengan apa yang dimiliki. Manusia tak bersyukur dengan apa yang dikecapi. Kita sebenarnya selalu lupa, hidup manusia tu tak selalunya indah. Tak semua orang dapat kecapi apa yang dia inginkan. Kadang-kadang dorang berlagak. Mentang-mentanglah hidup dorang sempurna, so kesalahan orang lain terus nampak jelas di depan mata. Cakap sesuka hati. Tuduh dan maki tanpa sikit pun ada rasa nak fikirkan kenapa sesuatu perkara terjadi. Tolonglah ingat, tak semua manusia atas muka bumi ni dapat apa yang dia ingini. Semua orang nakkan bahagia, tapi tak semua orang akan dapat kebahagiaan tu macam tu je!

Selama setengah jam jugak, aku rasa nak mengalirkan air mata. Hati rasa sebak teramat sangat bila memikirkan mengenai pengorbanan. Setiap kesusahan dan kesenangan, kita hadapi bersama. Semua yang Tuhan bagi, ada sebab. Kenapa jadi sesuatu hal, ada sebabnya. Dimarah, diherdik dan dimaki, semuanya diterima dengan hati yang sabar. Ada kalanya, terlepas juga kata-kata tajam. Maklumlah, kata-kata lebih tajam dari mata pedang. Tapi, keikhlasan sentiasa je ada. Hati yang terlalu baik dan suci sangat menenagkan hati. Kenapa ada yang buta sedangkan mata cerah dan celik? Kenapa tak tahu nak menghargai apa yang ada di depan mata? Bila dah tak ada, baru sibuk nak mencari? Bila dah hilang, baru sibuk nak meraba dalam kegelapan? Lepas, baru mula nak berprasangka terhadap orang lain? Kenapa tak cermin diri sendiri? Susahkan bila berhadapan dengan orang yang tak sedar diri?

Penatlah fikirkan hati dan perasaan orang lain. Orang tak pernah tau dan taknak ambik tau. Yang dorang tau, maki dan hamun orang. Tu je! Hrm…dorang belum diuji dengan ujian macam ni. Cakap kat mulut memang senang, tapi…cuba letak diri sendiri di tempat sepatutnya yang dia boleh rasa. Pahit atau tak?

Tapi, dalam segala kekalutan ni, masih ada yang memahami dan memberi sokongan. Thank you so much. U have been there since the beginning. Dah macam2 kena tanggung but ur still there. Good friends are friends that never giving up standing by ur side while they are needed.

Tuesday, December 16, 2008

PeNcAriAn AKhR gAdIS DAn JeJaKa ir 2008

Phuh…akhirnya sampai juga ke final. Penat juga setiap bulan handle budak2 ni untuk fotografi. At last, juara gadis dan jejaka sudah diketahui. Faralyna dan Zally menjadi juara untuk kategori gadis dan jejaka. Empat hari berkampung di Cinta Sayang Golf and Country Club membuatkan badan letih dan sakit-sakit. Nasib baik Kak Azeda dan Kak Yam membantu, kalau tak, tak menang tangan aku, kak suzi and kak ct. itu pun, sebaik je sampai kl, masing-masing dah lembik. Even masa event pon, balik je ke bilik, masing2 pengsan!

Trip to northern started at 11 am. Sepatutnya kitorg gerak kul 9 tapi disebabkan Johan, kita terpaksa bergerak lewat. Kesian jugak budak2 ni dah tunggu lama. Masa berkumpul, masing-masing datang dengan pelbagai gaya. Dengan topi ala Beyonce la, apa la. Hrm…macam2 budak2 ni. Dalam perjalanan, tak habis2 dorg ni buat lawak. Dahtu, kak azeda buli dorg masa dalam bas. Dorg kene perkenalkan diri masing2. siap ada yang berlakon bagai!

Sampai je kat sana, kejap je dapat berehat. Maklumlah, jadual untuk budak2 ni agak ketat jugak. Walaupun semua aktiviti hanya dibuat di dalam kawasan Cinta Sayang, tapi nak ke sesuatu tempat tu agak jauh. Kena tunggu shuttle. Masa kat sini, perbincangan jadual nampak macam tak ketat tapi bila samapi sana, nak mandi pon tak sempat. Adoiyai!

Masa malam final tu,alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Cantik betul dorg buat persembahan. Penuh beb kat ruang makan tu. Walaupun berlaku insiden salah amik hadiah tapi event tu tetap meriah. Congrats to Faralyna, Zally, Acan, Zul,, Wani Aswara, Wani Saleh dan Am.
*Hahahhah…teribgat lak kejadian hampir terjatuh setelah balik dari rehersal budak2 ni. Thaks kak suzi kerana menjadi superwomen, menyelamatkan saya dari jatuh tersembam ke tanah. Hawau btol!

Tuesday, December 2, 2008

Hari Yang Sihat...

Erm…tak sia-sia pergi interview gym instructor. Walaupun masa nak pegi tadi agak complicated sket tapi berbaloi la jugak. Masuk je kat dalam gym tu, Cass (personal trainer yang nak diinterview tu) dah tunggu depan The Gym. Eksklusif tempat dia. The Gym ni terletak berhampiran kawasan apartment. Hrm..timbul gak angan2 nak duduk apartment bila kawin nanti. Kalau boring je, lepak kat gym ke, swimming pool ke. Hahhaha. Dia ajak breakfast kat sana. Tapi bila tgk menu, ala2 healthy food ghetoo. Ada sadary la hapa la. Adoiyai. So, I bagitau Cass, I dah breakfast. Tekak tak berapa boleh nak menerima kehadiran healthy food di pagi hari. So, she took me tour The Gym. Memang best. Bukan apa, kalau b4 this I masuk Fitness First and True Fitnss, agak kelam-kabut sket. Tapi kat sini, as I said, dia eksklusif. So, sorang trainer boleh tumpukan perhatian pada u. cass kenalkan dengan trainer yang ada. Yang lelakinya badan mmg fit habis. Cass ni sorang je trainer perempuan. Hrm…cool kan?

Lepas Abg Zali sampai (photographer kat ofis I yang paling sporting), kitorang trus shoot. Si Cass ni, memang banyak cakap. Dipaksanya lak aku exercise skali. Pastu dia bising sebab aku tak pakai sports attire. Hahaha. Memang sengaja pun! dekat gym ni, diorang ada alat yang hanya ada di sini dalam Malaysia. Ha, canggih tak? Patutlah mase mentelaah brochure gym tu, harganya sedikit mahal daripada gym lain. Tapi berbaloi beb! Pastu, Cass bawak client dia dari tpt fitnees center yang dia joined previously. Linda ni cute. Lembut sangat suara dia. Dah kawin tapi seriously, body dia memang cun. Dia plump tapi dia fit. Beria2 dia suruh I join dia. B4 this dia penah g slimming center tapi tak jalan. Buat habis duit je katanya. Pastu, bila dia jumpa Cass, dia jadi addicted nak work out. Erm…syoknya jadi Linda. Hubby dia yang bayarkan fee gym class.

Habis shooting, Abg Zali balik dulu. I plak stay kat sana and interview Cass. Dia hidangkan Chinese tea. Pahit giler! Lebih pahit dari yang I minum kat Tepannyaki. Cass and Linda ah gelak2 dah. Yelah, mentang2 dorg dah biasa, eksyen dengan I ye… otw to the office, sempat suruh kak Suzi tapaukan beef tepan. Teringin plak nak makan. Pastu keluar dari The Gym tai, sebenarnya I tersesat. Kenalah minta guide dari Ed. Dari tol Damansara, samapailah sampai ke Fed Hgway,I ganggu keje dia. Sorry dear. Ala…macam tak biasa plak menjadi tour guide. Kan? Kan?

Monday, December 1, 2008

ApPOInTMent @ The Gym

AppoiNTMent kat The Gym…

Alamak…risaunya. Article pasal kerjaya tak cari orang lagi. Pastu tadi, teringat lak number calon-calon yang bekerja sebagai gym instructor yang diberi oleh salah seorang finalis jejaka IR, Helmy. Rajin mamat tu tolong cari. Thanks Helmy. Pastu tadi dapatlah buat appointment dengan Cass, yang jadi personal trainer kat The Gym, Plaza Damas, Sri Hartamas hari Rabu ni. Pastu, bila dah bercerita sedikit sebanyak, dia sound I, “Anis, nanti you pakai attire sesuai untuk workout. Kononnya untuk merasai sendiri touch of a personal trainer. Haduh! I ni dahla tak berapa rajin nak bersenam, kena jugak wat kat gym. Erm…redha jelah… tapi, this is the beauty of being a journalist. Banyak privilege kita dapat. Macam b4 this pun, I buat article pasal butik so banyaklah privilege card and ‘buah tangan’ yang I dapat.
Ha…story panas masuk. Tadi kak Ct turun bawah. Rupanya dia jumpa SariYanti..alah yang berlakon Kisah Kaisara tu. Kad kahwin chantek giler. Tak la giler tapi cantiklah jugak. Kata Kak Ct, lagi cantik dari kad kawin Mawi & Ikin. Hrm..maka mengumpatlah mereka pasal Mawi & Ikin. Sampai keluar lah citer umah setinggan bagai. Hrm…ghetoolah suasana kat ofis ni. I ni banyak sangat keje blum siap. Dahla hari rabu ni model Ireaja buat rehearsal. Tak sabar nak tgk apa tarian yang koreografer cum makeup artis Misze Majid The Bomb tu sediakan utk budak2 ni nanti. Habislah dorg. So..sampai ketemu lagi di lain post k. da….

Thursday, November 27, 2008

SuPpEr yang LaZaT bAngatttt…

Kelakar+lawak+lucu=SUPERB!!! Hanya itu yang mampu digambarkan dengan kata-kata betapa kelakarnya filem terbaru Afdlin Shauki, Los and Faun. Mase tu I, Kak Suzi and Kak Yam dapat tengok cerita tu. Ketawa sampai mengalir airmata (over sangat tak?). tapi, ternyata, Afdlin semakin matang dan kreatif. Maklumlah, dia pun sudah banyak mengarah filem. Ingatkan filem tu habis dalam kul 11 lebih, rupanya jam 12 baru habis. Kak yam dah muncung dah nak balik. Muncung dia boleh ikat riben. Before that dah jajnji nak bawak kak yam and kak suzi makan pastu akhirnya kak yam bersetuju gak nak makan bersama. Masa makan tu, berseri je muka kak yam makan yam and butter. Dia kata sedap, tapi malu nak makan. Tah pape. So, cost makan kat TGI Fridays The Curve ditanggung halal oleh Ed.thanks Ed… pastu, kitorg pun balik umah masing-masing. The next day, I throw out bagai nak rak. Bukan ape, makan banyak sangat. Ingat nak diet, tapi tak kesampaian. Lain kalilah diet.

Wednesday, November 12, 2008

BuRpp....

Hari ni,I agak happy jugaklah. Masuk ofis lewat sket tadi. Then,masuk ofis je lega tengok dua orang budak ofis ni yang amik cuti,tak reti2 nak masuk ofis selama dua hari.hek eleh...bez sangat ke balik kampung?? hrm...pastu,dorg sume g makan kat midvalley,tapi I tak follow. pagi tadi dah makan banyak. Lagipun,niat di hati nak diet.hakhak...Pastu hari ni ada meeting Kelab Suka-suka. Ma'am ada siot...Kenyang pulak dihidangkan dengan makanan yang besh. Ingat nak post gambar tapi kene tgu abang photographer bagi gambar. By the way...thanks you kak ct and kak suzi cuz rajin bagi komen.Ya ampun...kenyang samapai rasa nak muntah plak...hrm...jap g nak balik. kul 10 nanti nak jumpa client.I jadi peneman je. So,hopefully malam ni dapat la merealisasikan hasrat Diane nak dapatklan rent murah for the foodcourt.Oh lupa plak...Hari ni cam sedih cikit cuz tadi call Ogy.Ogy marah sebab I tak amik tau hal KB.Betul jugak cuz I dah lama tak dengar khabar berita Ja.Syean dia.Walaupun dah lama kenal die,tapi I jarang call die.Jap lagi nak call dielah.Lepas2 kawin ni,takde pape ke?hikhik...

Tuesday, November 11, 2008

Remember this!

I have started my blog a month a ago. Masa tu semua orang kat office sibuk sangat dengan blog. Aku pun sibuk la menaip dengan gigihnya. Maklumlah, first blog. Bila aku excited bagitau kak suzi and semua orang, tengok2 blog aku kosong. Hampas gas betol. Tapi takpelah...aku buat blog baru. tapi, moodnya kureng sikit la.. Di bawah ni, aku ceritakan serba sikit pasal hal aku...

name: ANnySs@AnEsS...
AGE:24 (STILL yOUNG anD DANGEROUS)
likes:FooDs, shoPPing, PerfUMES, EDDIE...
dislikes:fLU, Diarrhea, DeadliNE, gUyS WIF NO BRAIN
loves:LOVELY MUM,all My Bro,KAK yONG,dHIYA,NANA,kakak,Marwan,IMAN,ABANG and adik,All mY best Friends,AND eddie...kittens,my bABY KELISA(BGW 9090)...

I think its more than enough. So,wait for my other entries ya...!