Sunday, December 21, 2008

KeDAmAiAN DaN KeTENangAN...

Selepas habis segala kesibukan kat ofis, barulah kali ni dapat berehat. Fizikal dan mental ye. Penat la kalau masa yang ada sentiasa sibuk. Berat rasa kepala. Tapi, at last dapat juga rasa damai dalam jiwa. Betul apa kata orang, ketenangan hadir bersama jiwa dan akal yang rilex. Kita kena pandai cari apa pandangan yang menenangkan. Satu pemandangan yang luas dan bersih. Tak lama sebenarnya masa yang aku ambil untuk merasa tenang. Dalam masa setengah jam, hati aku tenang je. Sempat juga aku fikir mengenai hidup dan manusia.

Manusia cepat lupa dengan apa yang dimiliki. Manusia tak bersyukur dengan apa yang dikecapi. Kita sebenarnya selalu lupa, hidup manusia tu tak selalunya indah. Tak semua orang dapat kecapi apa yang dia inginkan. Kadang-kadang dorang berlagak. Mentang-mentanglah hidup dorang sempurna, so kesalahan orang lain terus nampak jelas di depan mata. Cakap sesuka hati. Tuduh dan maki tanpa sikit pun ada rasa nak fikirkan kenapa sesuatu perkara terjadi. Tolonglah ingat, tak semua manusia atas muka bumi ni dapat apa yang dia ingini. Semua orang nakkan bahagia, tapi tak semua orang akan dapat kebahagiaan tu macam tu je!

Selama setengah jam jugak, aku rasa nak mengalirkan air mata. Hati rasa sebak teramat sangat bila memikirkan mengenai pengorbanan. Setiap kesusahan dan kesenangan, kita hadapi bersama. Semua yang Tuhan bagi, ada sebab. Kenapa jadi sesuatu hal, ada sebabnya. Dimarah, diherdik dan dimaki, semuanya diterima dengan hati yang sabar. Ada kalanya, terlepas juga kata-kata tajam. Maklumlah, kata-kata lebih tajam dari mata pedang. Tapi, keikhlasan sentiasa je ada. Hati yang terlalu baik dan suci sangat menenagkan hati. Kenapa ada yang buta sedangkan mata cerah dan celik? Kenapa tak tahu nak menghargai apa yang ada di depan mata? Bila dah tak ada, baru sibuk nak mencari? Bila dah hilang, baru sibuk nak meraba dalam kegelapan? Lepas, baru mula nak berprasangka terhadap orang lain? Kenapa tak cermin diri sendiri? Susahkan bila berhadapan dengan orang yang tak sedar diri?

Penatlah fikirkan hati dan perasaan orang lain. Orang tak pernah tau dan taknak ambik tau. Yang dorang tau, maki dan hamun orang. Tu je! Hrm…dorang belum diuji dengan ujian macam ni. Cakap kat mulut memang senang, tapi…cuba letak diri sendiri di tempat sepatutnya yang dia boleh rasa. Pahit atau tak?

Tapi, dalam segala kekalutan ni, masih ada yang memahami dan memberi sokongan. Thank you so much. U have been there since the beginning. Dah macam2 kena tanggung but ur still there. Good friends are friends that never giving up standing by ur side while they are needed.

2 comments:

suziey said...

Erm...apa ya nak kata...rasanya kata2 u kali nih terlalu mendalam untuk dimengertikan...

rynas said...

luahan rasa lebih baik drp memendam tak gitu????