Wednesday, January 14, 2009

Bla...bla...bla...

Semalam ingat nak tulis BLOG,entah kenapa takde mood plak. PETANG SEMALAM OFIS SUNYI JE. kakYam MC,demam panas. Petang pulak,Kak sUzI g aSSignmEnT kat cArcoSa SerI nEGaRa. so,TinGGaLLah AkU sEnDirian. Bila TenGOK JE aTaS meja,MASYAALLAH...bersepah. Nak kata deadline,baru je lepas deadline. Tapi MeJa AkU MACAM diLanda TODAK. bERSEPAH-SEPAH kertas. Semalam aku hanya dapat satu je approval untuk loan apparel. Yang lain semua tak reply apa2. Takut juga,bila tiba masanya nanti,DOrg tak bagi pinjam pulak.Hrm...bila nak pinjam ni,kenalah baik sikit. Bila loan dengan butik yang kita dah biasa,oklah. Tapi bila nak buat dengan butik baru,tu yang problem sikit tu. Ada satu BUTIK ni,bila aku kata aku dari IRemaja,dia terus terdiam. Dia kata die tak pernah sponsor untuk IRemaja lagi. So dia ala2 kekwat sikit la. Aku pun layan je apa yang die nak. Sentap la jugak kan tapi nak buat macam mana. Aku usahakan je. Dahla first time aku handle fashion spread. Kalau boleh,aku nak buat 1st impression yang baik kepada Kak CT,editor aku.Hrm...harap2 kak ct suka la ye. Kalau ada salah nanti,tolong tunjukkan. Esok(Jumaat),merupakan hari aku nak kutip semua baju2 tu. Masuk lambat la jawabnya. semaLAM jugak, aku terpaksa mencari butik untuk wat coverage. Dalam masa banyak2 Keje Tu,semPAT Jugak aku mengambil gambar untuk dimuatkan dalam blog. hihihi...

Pandangan atas jarak dekat

Pandangan atas jarak jauh

Pandangan hadapan yang menghadap komputer




Sunday, January 11, 2009

FISh sPA...







Semalam,tak wat pape,aku pun membawa diri ke CM(Central Market). Jalan punya jalan,tetiba nampak Fish Spa. Murah jugak. Mula2 ingat nak buat 10 minit je. Tapi macam layan plak ngan ikan2 tu. Masa rendam kaki tu,semua ikan berkerumun kat kaki aku. Banyak sangat dead skin. Aku sendiri rasa geli. Yelah,anak2 ikan berkerumun kat kaki. Ada pakcik tu,muka dia sampai merah padam cuz dia rasa geli. Tempat yang dia rendam kaki tu ikannya lebih besar. Takut lak aku tengok. So aku g kat tempat anak2 ikan je. Bukan ‘anak ikan’ ye…hihi

sELAmAtKaN buMi GaZa...

Hari Sabtu lalu,tiba2 rajin pulak rasa nak tengok berita.Rasa mcam dah lama sangat tak tengok berita(Apa punya reporter da...?). Sekarang ni tengah kecoh pasal serangan bom di Gaza.Kejam sungguh Israel.Dalam berita,dia tunjuk rapat umum yang diadakan oleh pelajar IPT di Stadum Shah Alam.Meremang bulu roma aku melihat kesungguhan pelajar kita.Di Johor pula,pelajar IPT mengadakan solat hajat di Padang Kawad untuk mendoakan keamanan bumi Gaza.Solat berbumbungkan langit dan berlantaikan simen kawad membuatkan hati aku cukup tersentuh.Mana mungkin mereka yang berada di Gaza boleh solat secara terbuka seperti itu.Kalau ada pun,pasti tubuh dan kepala tidak sujud di tempat yang sama kerana terkena bom.Aku bersyukur dilahirkan dinegara yang aman seperti Malaysia.Tapi,masih ada juga rakyat Malaysia yang tak sedar diri.Sibuk berebut kuasa.Sibuk nak menjawat jawatan sedangkan keje tak seberapa.Heboh berkempen sana-sini,dapatkan kuasa tetapi habuk pun tarak.

Keesokkannya pula,berita tunjukkan lagi kesengsaraan yang ada di Gaza.Seorang wanita menangis dan meraung kerana baginya sudah tidak ada tempat selamat lagi. Negara yang dulu menjadi tempat untuk dia dan anak-anak tinggal dan bekerja kini menjadi tempat pengumpulan mayat dan darah.Kejam sungguh Israel.Aku tak tau kenapa tak ada hukuman untuk syaitan bertopengkan manusia ni.Ada kandungan berita yang merakamkan bagaimana segelintir rakyat Israel yang mempunyai motor berkuasa besar menyaksikan bagaimana percikan bom jatuh di atas bumi Gaza. Dah macam tengok bunga api masa New Year plak.Dengan bongkak dan berlagak dorang kata "We want to win. We want our country to win!" Memang celaka dorg ni.Masa tu video dihalakan pada orang2 Israel laknat ni,pastu ada couple yang berpelukan.Sama macam pemandangan di KL ketika menyambut New Year.

Apa yang mampu aku bagi pada dorang untuk meringankan beban dorang?Apa yang KITA mampu lakukan untuk menghalang bumi Gaza daripada terus diasak dan dibanjiri darah?NOTHING!!!Sedangkan kuasa besar dunia pun tak mampu nak buat apa2.Apatah lagi kita yang kerdil ni.Nak bagi wang ringgit tak jadi masalah.Kita mampu sumbangkan biarpun seringgit dua.Tapi,mampukah kita menyelamatkan mereka?Mampukah kita selamatkan anak-anak mereka.Terpampang di dada akhbar wajah2 sayu kanak-kanak yang berlumuran darah.Ada yang berkecai badannya.Even,Prof Jamaliah (Pengerusi MERCY-aku rasa silap eja nama die kot)sendiri terkedu melihat kanak-kanak yang cedera dan nyawa2 ikan.Tapi apa yang mampu kita lakukan?Takpelah,semoga dengan sumbangan yang kita berikan,sekurang-kurangnya kita boleh membiayai perubatan.MERCY kekurangan sukarelawan.Prof kata,paramedik di Gaza semuanya sudah keletihan yang amat sangat.Bekerja 24jam tanpa henti.Kesiankan.Jadi,coretan ni bukan sahaja untuk u all,tapi untuk peringatan diri aku sendiri juga.

ISRAEL LAKNATULLAH!!!!

RinDU kAmU bANgAT

Jumaat lepas,pagi2 lagi aku rasa rindu sangat kat kawan2 aku. Aku try kol Diane and Fara,dua2 tak angkat phone. Siap call bai lagi. Pon tak anglat phone jugak. Isk,tensionnya aku. Lepas beberapa kali mencuba,baru dapat. Aku marah dorang. Kesian,tak pasal2 kene marak. Perbualan kami masa tu berkisar pasal hari pertunangan Fara. Nampaknya,kitorang pun jadi part of the family gak. Yelah,dah lebih 10 tahun kitorang kenal. So family pon dah tau. Fara mintak aku dan Diane teman die cari tudung. Alahai…kesian lak kat die. So Diane dah biasa menolong sepupu dia,so bila kawan2 nak kenduri,dia pun dah tau apa yang nak dibuat.

Malam tu,aku amik Fara and Diane kat rumah. Saje ajak lepak. Memandangkan kitorg takde hala tuju,aku bawak la dorg g Downtown,Cheres. Leh gak Fara mencari tudung dia. Macam biasalah,perempuan ni kan cerewet. Mmg aku dah confirm takkan jumpanya. Pastu kitorang g lepak makan2. sambil2 tu sempat jugak kawan2 aku ni bercerita masalah masing2. Aku ingat dorg ni takde prob. Rupanya macam2. Sedih pulak dengar. Yang tak bestnye,tak pulak kitorg ni terfikir nak amik gambar. Dalam pukul 2,baru berangkat balik. Aku ajak si Fara tDo umah,taknak pula. Si Diane je yang tdo umah aku. Malam nak tdo tu lagi la, si Diane tak habis2 bercerita. Nak kawin bulan 3 ni pon leh cancel plak. Kesian la dia. Takpelah,aku harap kawan2 aku ni tabah. Ini bahagian dorg,bahagian aku belum tau lagi. Harap2 aku pon tabah macam dorg jugak. SaYaNg KoRaNg So much!!!

Thursday, January 8, 2009

Fuh...lega...

Akhirnya…habis jugak artikel aku untuk bulan February 09. stress jugak bulan ni. Tak tau kenapa. Banyak sangat urusan tertangguh. Memandangkan bulan Mac nanti kak CT dah jadi editor,so aku pun kene kerja lebih efisyen. Kena plan betul-betul jadual kerja. Yelah, menurut sms dari kak CT yang aku terima kelmarin yang berbunyi.

“Anis,ada tak kawan-kawan yang berminat nak tulis artikel untuk iremaja? Ruangan hobi, kerjaya dan aktiviti remaja.”

Aku jawab la’
“Ha? Itu ruangan saya. Saya dah diberentikan keje ke?”

kak CT pulak jawab.
“Isk,,,ke situ pulak. Tak…nak meringankan keje awak”

Phuh…lega aku. Kak CT ni pun…suka wat aku gabra. Hrm…betul la jugak. Kak CT dah naik jadi editor,takkan nak wat banyak keje. So,menurut kata kak CT,aku akan mengambil alih tugasnya membuat fesyen,suai padan dan produk. Isk…banyak tuh. Tiap-tiap bulan aku tengok kak CT gi amik produk, amik baju, balik ofis je…lembik. Penat aku tgk die. Agaknya,nanti aku pun jadi camtu la kot. Harap-harap,aku akan belajar menguruskan masa aku dengan lebih baik.

Itu satu hal. Satu hal lagi. Artikel aku bulan ni banyak mengundang ‘situasi’. Apa tidaknya, dalam minggu ni, dah 2 kali consultant editor aku,Kak Ani datang menjenguk aku. Bukan ape,banyak sangat kesalahan tatabahasa yang aku buat. Sampaikan kak ani kata apa tau, “Anis,Anis tak ada ye masa kak Ani buat kelas? Banyak kesalahan ni.” Aduh,rasa nak muntah lak aku. Pedasnya kata-kata kak ani. Aku rasa, lepas ni,nak kena belajar dari kak yam la. Tulis blog pun kena guna bahasa yang betul macam kak yam. Kan? Kan? Kan?

Sunday, January 4, 2009

Xie Xie..

Hari ni,pagi2 lagi hidup dah huru-hara. Melangsaikan hutang piutang. Itupun ada yang tak settle lagi. Tapi nasib baik ada yang sudi membantu. Kesiannya,kene beratur panjang dan menunggu lama. erharu lak rasa. Dahlah ada salah faham tadi,tapi akhirnya settle jugak masalah tu. Terima kasih daun keladi. Kalau ada sumur di ladang,boleh saya menumpang mandi,kalau ada umur yang panjang,next time saya pula datang menolong. hehehe... Isk...ngantuknya. Baru buat 2 article dah ngantuk. Maknanya dah kehabisan idea la ni. Erm...to be continue la...
Ha...inilah closingnya... Jemput hirup skali ye...heh heh heh
Yang debab tu tangan Dhiya. Aku kongsi dengan dia.

Isk..kusyuk betul anak buah aku sorang ni makan...Tak ingat la tu ada allergy seafood...


Ini nama dia emping. beras muda yang dikeringkan dicampur kelapa dan gula.Mak cari sampai ke Kedah.Walaupun keras,tapi rasanya lemak dan sedap.Sesekali makan oklah...



ini makanan sampingan




INILAH MAIN COURSENYA...





Hrm...semalam kak long teringin nak makan steamboat. Pastu,dengan gigihnya,dia membawa segala peralatan nak wat steamboat termasuk membawa steamer electricnya yang entah bila ntah dia beli. Banyak jugak bahan yang dibawa:Udang,sotong,ikan,daging,ayam,lala,sayur-sayuran dan mee. Walaupun aku tak makan mee,tapi aku tak kisah. Aku makan menda lain je. Semua orang tidak dibenarkan makan nasi cuz kak long takut steamboatnya tak habis. Kesian kak ngah,nak makan asam pedas yang mak aku masak pon tak boleh. Selain tu,ada kuih bakar(yang datangnya dari saudara yang dah lama tak datang rumah),kuih putu bambu,cakoi,mee goreng mamak dan kuih muih seperti pisang goreng dan samosa. Kitorang memang kenyang giler semalam...






















Thursday, January 1, 2009

kesabaran AdA baTaSaN

Perjalanan hari ni agak jauh. Saja jalan2. niat hati nak menziarah teman tapi tak kesampaian. Bila lepak kat warong kopi ni,rasa best plak nak menulis. Maklumlah,kawasan perumahan elit. Suasananya damai sangat. Susah nak cari tempat macam ni kat kl. Lebih kurang jam 12,aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Daripada seorang teman karib. Dia menangis dan menjerit tak tentu hala menceritakan segala kekusutan di hati. Kesian tapi tak banyak yang mampu diperkatakan. Hanya kesabaran yang mampu menenagkan jiwa. Hanya itu kekuatan yang ada pada diri seorang wanita.

Erm…lagi sekali,hari ni ada yang nak diperkatakan. Lately,terlalu banyak isu timbul dan menjadikan aku ingin berbicara sekali lagi. Setiap manusia dilahirkan dengan hati dan perasaan yang berbeza. Ada kategori pulak tu. Yang sedar diri dan yang tak sedar diri. Dari apa yang didengari,perlakuan yang dilakukan cukup menyakitkan hati. Cukuplah diri dihina,tetapi jangan sentuh soal keluarga. Tidak hak untuk menghina keluarga yang selama ini menjadi tunggak kehidupan. Baru setahun jagung menjaga, dah pandai nak kutuk keluarga lain. Sedarlah,hidup di muka bumi ni tidak keseorangan. Bersyukurlah mempunyai seseorang yang sanggup menerima walaupun berjuta lagi yang menanti.

Mujur kesabaran rakan mengatasi amarah yang ditimbulkan. Kuatkan hati k. tabahkan hati. Ingatlah orang yang tersayang. Tuhan sedang menduga sama ada kekuatan itu masih utuh atau tidak. No matter what happen,I will always be there for you. Take care of yourself k. love ya!