Sunday, January 11, 2009

sELAmAtKaN buMi GaZa...

Hari Sabtu lalu,tiba2 rajin pulak rasa nak tengok berita.Rasa mcam dah lama sangat tak tengok berita(Apa punya reporter da...?). Sekarang ni tengah kecoh pasal serangan bom di Gaza.Kejam sungguh Israel.Dalam berita,dia tunjuk rapat umum yang diadakan oleh pelajar IPT di Stadum Shah Alam.Meremang bulu roma aku melihat kesungguhan pelajar kita.Di Johor pula,pelajar IPT mengadakan solat hajat di Padang Kawad untuk mendoakan keamanan bumi Gaza.Solat berbumbungkan langit dan berlantaikan simen kawad membuatkan hati aku cukup tersentuh.Mana mungkin mereka yang berada di Gaza boleh solat secara terbuka seperti itu.Kalau ada pun,pasti tubuh dan kepala tidak sujud di tempat yang sama kerana terkena bom.Aku bersyukur dilahirkan dinegara yang aman seperti Malaysia.Tapi,masih ada juga rakyat Malaysia yang tak sedar diri.Sibuk berebut kuasa.Sibuk nak menjawat jawatan sedangkan keje tak seberapa.Heboh berkempen sana-sini,dapatkan kuasa tetapi habuk pun tarak.

Keesokkannya pula,berita tunjukkan lagi kesengsaraan yang ada di Gaza.Seorang wanita menangis dan meraung kerana baginya sudah tidak ada tempat selamat lagi. Negara yang dulu menjadi tempat untuk dia dan anak-anak tinggal dan bekerja kini menjadi tempat pengumpulan mayat dan darah.Kejam sungguh Israel.Aku tak tau kenapa tak ada hukuman untuk syaitan bertopengkan manusia ni.Ada kandungan berita yang merakamkan bagaimana segelintir rakyat Israel yang mempunyai motor berkuasa besar menyaksikan bagaimana percikan bom jatuh di atas bumi Gaza. Dah macam tengok bunga api masa New Year plak.Dengan bongkak dan berlagak dorang kata "We want to win. We want our country to win!" Memang celaka dorg ni.Masa tu video dihalakan pada orang2 Israel laknat ni,pastu ada couple yang berpelukan.Sama macam pemandangan di KL ketika menyambut New Year.

Apa yang mampu aku bagi pada dorang untuk meringankan beban dorang?Apa yang KITA mampu lakukan untuk menghalang bumi Gaza daripada terus diasak dan dibanjiri darah?NOTHING!!!Sedangkan kuasa besar dunia pun tak mampu nak buat apa2.Apatah lagi kita yang kerdil ni.Nak bagi wang ringgit tak jadi masalah.Kita mampu sumbangkan biarpun seringgit dua.Tapi,mampukah kita menyelamatkan mereka?Mampukah kita selamatkan anak-anak mereka.Terpampang di dada akhbar wajah2 sayu kanak-kanak yang berlumuran darah.Ada yang berkecai badannya.Even,Prof Jamaliah (Pengerusi MERCY-aku rasa silap eja nama die kot)sendiri terkedu melihat kanak-kanak yang cedera dan nyawa2 ikan.Tapi apa yang mampu kita lakukan?Takpelah,semoga dengan sumbangan yang kita berikan,sekurang-kurangnya kita boleh membiayai perubatan.MERCY kekurangan sukarelawan.Prof kata,paramedik di Gaza semuanya sudah keletihan yang amat sangat.Bekerja 24jam tanpa henti.Kesiankan.Jadi,coretan ni bukan sahaja untuk u all,tapi untuk peringatan diri aku sendiri juga.

ISRAEL LAKNATULLAH!!!!

No comments: