Tuesday, December 30, 2008

Apa makna kekuatan?

Sesekali,teringin rasanya meluahkan apa yang terpendam di hati. Bukan tidak ada sesiapa untuk berkongsi Cuma ada kalanya kita lebih selesa berbicara dengan hati. Berbicara dengan hati,tapi luah dalam blog :). Pejam celik,sudah setahun berlalu. Esok merupakan hari terakhir untuk 2008. selamat datang 2009! Mengharungi satu tahun bukannya mudah. Mungkin,bagi sesetengah orang,2008 membawa tuah dan kesenangan tetapi tidak kurang juga yang menghadapi kesukaran. Hari ini,saat ini dan tika ini,hati dan jiwa tidak tenteram (tapi takla sampai ada hanky-panky business). Sepuluh jari mohon ampun kerana tidak amanah menjaga amanah dan harta. Hati meronta-ronta ingin mengetahui. Selama kini,pernah juga terdetik nak menggodam isi yang ada tapi sedar hati tidak kuat. Tetapi kali ini,setelah segala kerja siap dilaksanakan,teringin pula nak selidik apa isi kandungan. Segala perasaan bercampur baur. Betulkah apa yang dilakukan selama ini? Apakah segalanya sudah tertulis begini? Hati mula tak keruan. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. Banyak kegembiraan yang terpancar di sini. Tetapi kini,semuanya tak seperti dulu. Entah siapa yang salah,siapa pula di pihak yang benar. Masing-masing menegakkan diri sendiri. Susah mendapatkan kejujuran daripada kata-kata,susah juga hendak mentafsirkan melalui gambaran yang ada. Hanya naluri mampu mengadili tapi sejauh mana keadilan tu? Ha…itu yang kita tak tahu (salah satu dialog Khir Rahman dalam Los dan Faun).

Tidak pernah tidak hati membicarakan soal ini. Setiap kali masuk dalam mahkamah hati,mulut hanya mampu tertutup rapat,mata hanya mampu basah dan telinga hanya mampu pekak. Sedih tapi itu hakikat. Bukan mudah melakukan sesuatu untuk menyenangkan semua pihak tetapi bukan mudah juga untuk berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa untuk menutup mulut setiap pihak. Bukan sekali dua hati dihentam oleh perasaan. Sakit! Cukup sakit sampai boleh mati. Bukan mati sebab ajal,tapi mati akal. Tak tahu lagi apa yang harus dipilih sedangkan pilihan ada di depan mata. Penat hidup tidak tentu hala. Penat menghitung hari. Penat mengira waktu. Dan penat melayan perasaan. Bukan tak tahu dan tak peduli perasaan yang berbelah-bagi tetapi hanya cuba mencari jalan supaya segalanya mudah. Setiap situasi adakalanya menimbulkan rasa kasihan tetapi apa lagi yang mampu dilakukan selain hanya berserah dan berdoa. Hanya Tuhan saja yang membimbing hati ni. Hanya Dia saja yang memandu kehidupan ni. Hanya Dia saja yang memahami hati ini. Hanya Dia sahaja yang mendengar tanpa membalas kata-kata. Hanya Dia sahaja yang memutuskan apa yang difikirkanNya terdaya untuk diri ini menanggung. Entah sampai bila lagi…

3 comments:

rynas said...

mendalam sekali bunyinya...
agak emosi...
moga jiwa lebih tenteram..
dalam menempuh perjalanan kehidupan begitulah..ada suka ada duka..ada jalan lurus ada yang berliku..yg pasti ketabahan memandu untuk menuju arah dituju. moga sabar menempuhnya..

selamat tahun baru 2009

chocinmybox said...

thank u kak ct.maklumlah,sesekali jiwa kacau.dan dalam masa yang sama,praktis skil menulis.hihi:)

suziey said...

semua tuh ujian kehidupan...kalau hidup strait jer, tanpa ada halangan mungkin hidup kita lebih boring...so sesekali ujian datang kenalah tahu b/mana nak handle supaya kita tidak tertipu dgn permainan kehidupan...sekali tertipu dgn permaianan kehidupan impaknya cukup besar...