Monday, April 6, 2009

IM HERE TO SAY GOODBYE...


Segala persoalan sudah terjawab. Akhirnya tiba masa untuk IREMAJA di bekukan. 'Dibekukan'? Entahlah..kata mereka,penutupan majalah ini hanya untuk sementara. Tapi,mana mungkin itu yang akan terjadi. SudahLah dikatakan tidak membawa untung,takkan nak buka lagi. Tinggal beberapa artikel lagi yang perlu aku sudahkan. Sebenarnya,sudah lama aku takde mood nak menulis. Mula2 aku tau pasal penutupan IREMAJA ni,fikiran dah tentu hala. Sudahlah waktu itu aku sedang assignment. Hilang segala mood. Walaupun baru setahun lebih aku singgah di meja editorial IREMAJA namun perasaan sayang terhadap majalah ini amat mendalam. kalau ke assignment,aku tak lagi menggunakan title writer IREMAJA. Tetapi aku bersyukur kerana kami tidak dibuang kerja,seperti sesetengah syarikat. Aku diserapkan ke majalah lain pula iaitu Jelita manakala kak suzi akan ke ANJUNG SERI. Kak siti pula dinaikkan pangkat menjadi editor penyelaras bahagian new product. Walaupun masih berada di atas tapi aku tak tahu macam mana situasinya. Yelah,majalah Jelita lebih serius,tak macam IREMAJA. Enjoy je. Artikelnya pun tak la serius sangat. Kalau sebelum ni aku asyik loan baju di jalan telawi,lepas ni aku akan ke butik2 mewah pula. Maklumlah,Jelita ni ada standardnya tersendiri. Aku nak ucapkan selamat berjaya kepada rakan2 semajalah aku yang akan membawa haluan masing2. Walau apa pun,persahabatan itu tetap terjalin. kan? Kan? Kan? GOODBYE IREMAJA...

5 comments:

Maryam Elyas said...

Isk sedihnya.

chocinmybox said...

tu la kak yam...rasa tak sanggup nak wat farewell party

suziey said...

eh..eh..eh Anis update bloglah. Macam tak caya Anis update blog setelah sawang hampir menutupi jalan ke blog ini. Hehehe jgn marah ya..Erm sudah ditakdirkan begitu nak buat mcm mana. Tapi syukur masih diberi peluang berada di sini.

chocinmybox said...

hekeleh...sebersawang blog wa,bersarang lagi blog lu.kakakakakak...dah la bersarang,ada anai2,pastudah ada busut lagi.isk.hihi

suziey said...

Eh...wa dah buang la anai2, sawang dan busut tuh. Siap wa dah cat abru dah...tak caya silalah datang melawat...